Tuesday, 23 September, 2025г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

Panduan Asas Cara Beli Rumah

Panduan Asas Cara Beli RumahУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Masih ramai yang belum tahu tentang langkah dan cara beli rumah yang sebenar. Secara asasnya, dalam prosedur beli rumah, akan melibatkan 3 fasa utama iaitu fasa pra-pembelian, pembelian dan post-pembelian. Dalam fasa pra-pembelian, pembeli perlu menilai kemampuan kewangan sendiri, mencari rumah yang sesuai dan menyemak kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan. Dalam fasa pembelian pula, pembeli perlu memahami dokumen S&P dan perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan, melawat tapak lokasi rumah secara berkala, menyelesaikan bayaran sepertimana dijadualkan sama ada kepada pemaju/penjual dan pembiaya, dan simpan semua dokumen berkaitan sebaik-baiknya. Selepas selesai urusan pembelian, pembeli perlu memastikan rumah diterima bersama-sama notis milikan kosong dan CCC dalam tempoh yang ditetapkan dalam dokumen S&P. Periksa keadaan rumah dan buat aduan jika ada sebarang kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan spesifikasi. Seandainya berlaku kelewatan serahan milikan kosong, pembeli perlu membuat aduan dan tuntut hak sewajarnya. Jika berjaya melalui semua proses cara beli rumah pertama ini dengan baik, insyaAllah, rumah idaman akan dapat dimiliki dan didiami dengan gembira :) Untuk lebih panduan cara beli rumah, klik untuk baca artikel di bawah: http://jomurusduit.com/2017/05/cara-beli-rumah-pertama.html Untuk lebih banyak tips pengurusan kewangan peribadi, boleh lawati yang berikut: Blog: http://jomurusduit.com/ FB Page: https://www.facebook.com/jomurusduit/ Jangan lupa subscribe channel ini untuk lebih banyak video Kredit video: Jabatan Perumahan Negara Malaysia
Мой аккаунт