Tuesday, 30 September, 2025г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

Cara Beli Rumah Tanpa Deposit

Cara Beli Rumah Tanpa DepositУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Nak beli rumah tapi tak cukup wang tunai? Dalam video ni saya akan kongsikan bagaimana cara beli rumah tanpa deposit. Rumusan video ini adalah seperti berikut: 1) Mitos beli rumah terpakai tanpa deposit Untuk rumah terpakai, anda masih perlu sediakan wang tunai untuk bayar deposit. Selepas belian selesai, anda akan terima semula duit yang anda bayar atau sebahagiannya dari KWSP atau pinjaman bank. 2) Beli rumah belum siap dari pemaju Ada pemaju tawarkan belian rumah, dengan bayaran booking fee minimum tanpa kos guaman dan duti setem. 3) Guna Skim Rumah Pertamaku Pemohon yang layak boleh dapatkan margin pinjaman Skim Rumah Pertamaku sehingga 110% dari harga belian. Kadar faedah sedikit tinggi berbanding pakej biasa. Rujuk laman web Skim Rumah Pertamaku untuk maklumat. 4) Skim Perumahan Belia BSN Skim Perumahan Belia menawarkan margin pinjaman sehingga 100% dari harga belian. Skim ni tak boleh serap yuran guaman, duti setem dan kos penilaian dalam pinjaman. Untuk 2 tahun pertama, Skim Perumahan Belia akan beri subsidi ansuran bulanan sebanyak RM200. Rujuk cawangan atau laman web BSN untuk maklumat lanjut tentang kelayakan. 5) Buat pengeluaran KWSP KWSP benarkan anda keluarkan jumlah yang sama dengan: Perbezaan antara harga belian dan jumlah pinjaman; Campur 10% tambahan; Sebagai contoh, katakan anda beli rumah dengan harga RM100,000 dan pinjaman RM90,000. Akaun 2 KWSP anda pula ada RM25,000. Anda boleh keluarkan RM10,000 (RM100,000 – RM90,000) dan tambahan 10% dari harga rumah sebanyak RM10,000. Jumlah pengeluaran untuk contoh ini ialah RM20,000. 6) Elak guna teknik mark-up Saya tak nasihatkan anda guna teknik mark-up. Dalam teknik markup ni pembeli akan bagitahu bank dia beli pada suatu harga, sedangkan harga rumah tu lebih rendah. Pembeli kemudian akan terima beza antara harga mark-up dengan harga asal darab dengan margin pinjaman. Bagi saya tak payahlah guna teknik ni kerana anda misrepresent harga belian tu kepada bank. Sebagai alternatif, gunalah Skim Rumah Pertamaku atau Skim Perumahan Belia. Semoga video ini menjadi panduan untuk anda yang nak beli rumah. Jika ia bermanfaat, bantu saya untuk like dan share. Saya juga alu-alukan pertanyaan di ruangan komen. Jangan lupa juga untuk melanggan saluran saya. Sokongan anda amat saya hargai.
Мой аккаунт