У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Pemuda UMNO hari ini menggelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali seperti cicak mengkarung kerana bermuka-muka seperti sesumpah, di depan rakyat cakap lain, di belakang rakyat cakap lain. Exco Pemuda UMNO, Arman Azha Abu Hanifah, berkata kalau beliau seorang wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat, sudah pasti isu air sudah diselesaikan. Malangnya beliau suka bermain politik dan menyalahkan orang lain. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal pula berkata, mempertikaikan wakil rakyat Selangor yang tidak nampak 'batang hidung' ketika rakyat di beberapa kawasan menderita tiada air.