Malaysia bercelaru jika iktiraf UEC, kata Pemuda Umno
У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Pemuda Umno membantah cadangan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengiktirafan UEC akan meletakkan indentiti pendidikan negara dalam keadaan bercelaru.
“Pemuda tidak bersetuju untuk pengiktrafan sijil (UEC) selain daripada apa yang kita ada di peringkat negara hari ini kerana kita tidak boleh mempunyai 2, 3 sistem pengiktirafan, kalau tidak kita akan gagal membina identiti negara, bangsa bersepadu.
“Mana ada negara-negara mempunyai sistem sepertimana kita hari ini? Saya rasa Singapura hanya mengiktiraf satu sistem sahaja,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat Pemuda Umno yang pertama sejak dipilih menerajui sayap itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.