Sunday, 21 September, 2025г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

#Amanz24 - Pra-Daftar Unifi 30Mbps RM79, DuitNow, Oppo Find X

#Amanz24 - Pra-Daftar Unifi 30Mbps RM79, DuitNow, Oppo Find XУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Berita hari ini dimulakan dengan pengumuman oleh Oppo Malaysia yang mana telefon pintar Find X keluaran mereka kini sudah boleh dipra-tempah mulai 17 Julai ini. Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 6.4 inci, dilegkapi dengan cip Snapdragon 845, bateri bekapasiti 3730mAh, dan boleh dipra-tempah melalui laman Lazada dengan deposit sebanyak RM100 sahaja. Telekom Malaysia kini sudah memulakan sesi pra-daftar bagi pakej terbaru mereka, iaitu Unifi Basic. Pakej yang ditujukan khas buat pendapatan isi rumah bawah RM4500 ini hadir dengan pakej kelajuan 30Mbps pada harga RM79 sebulan, dan menawarkan sokongan muat turun pada kelajuan 30Mbps dan muat-naik pada kelajuan 10 Mbps serta dihadkan penggunaan kuotanya kepada 60GB sebulan. Untuk mendaftar, pengguna perlu membawa dokumen tambahan seperti slip gaji atau sokongan daripada pihak berkuasa atau juga surat penerimaan BRIM. Selain itu, Nokia 3.1 pula telah dilancarkan di pasaran tempatan dengan rekaan skrin 5.2 inci, janaan cip MediaTek 6750, memori 3GB RAM, storan 32GB, dan ia hadir dibawah ekosistem Android One serta boleh didapati pada harga RM655 dengan pilihan warna biru, hitam atau putih. Perancangan pengenalan sistem baru iaitu DuitNow telah dikongsikan oleh pihak Paynet yang menawarkan kemudahan pemindahan dana dalam bentuk masa nyata kepada pengguna tempatan terus ke MyKad, nombor telefon, nombor passport, nombor tentera atau polis, atau nombor pendaftaran perniagaan. Hal ini sekaligus dapat menggantikan akaun bank dan menggalakkan lagi pertumbuhan pembayaran digital di Malaysia. Namun pelancaran rasmi inisiatif daripada pihak Paynet ini masih belum diketahui. Akhir sekali, MotoE5 Play variasi Android Go telah dilancarkan di pasaran Eropah dan Amerika Latin. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin 5.3 inci, kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dengan memori yang lebih rendah iaitu 1GB RAM berbanding versi asal 2GB RAM. Namun variasi yang bakal memasuki pasaran Asia masih belum diketahui.
Мой аккаунт