#Amanz24 - Huawei Y6 Prime 2018, Sony WF-SP700N, Kemaskini Harga 3 Peranti Oppo
У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Groupon kali ini dilaporkan sedang mencari pembeli untuk syarikat mereka yang kini popularitinya semakin merudum sekaligus membuatkan pendapatan syarikat mereka turut berkurangan. Antara pihak yang turut dinamakan sebagai pembelinya adalah Alibaba.
Sony Malaysia pula telah membawa masuk fon telinga Sony WF-SP700N ke pasaran tempatan dengan sokongan pembatalan hingar. Sokongan ini sekaligus membolehkan pengguna untuk mendengar sesuatu audio tanpa gangguan luaran. Fon telinga keluaran Sony ini dijual pada harga RM709 dan setiap pembelian akan diberikan Fitbit Flex 2 yang bernilai RM480 secara percuma.
Selain itu, telefon pintar Huawei Y6 Prime 2018 juga telah dilancarkan di Malaysia. Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 5.7 inci HD+, dijana dengan cip Snapdragon 450, menggunakan Android 8.0 Oreo yang dilengkapi dengan antaramuka EMUI 8.0 dan boleh didapati pada harga RM584 sebuah.
Oppo pula telah mengemaskini harga jualan telefon pintar Oppo A83, Oppo F5 dan Oppo F7 128GB mereka di Malaysia. Oppo A83 kini dijual pada harga RM699, manakala Oppo F5 pula boleh didapati pada harga RM999 dan Oppo F7 128GB pada harga RM1599.
Akhir sekali, Honor Malaysia baru baru ini telah memuat naik poster acah peranti yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, dan ia dipercayai adalah Honor Play. Honor Play ini dijana dengan cip pemproses Kirin 970, bateri sebesar 3750mAh, dan menggunakan teknologi baru iaitu GPU Turbo.