Pelakon : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shah Jaszle, Faezah Elai, Norman Hakim, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Nazeera Sardi, Linda Rafar, Asri Azizan Banks, Dottie, Julia Farhana, Dayana Roza
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah F.D.A.M
Tuan Deraman hilang percaya pada Rifqi dan memindahkan Rifqi ke cawangan luar bandar. Widad terkejut dengan berita itu. Dia minta Huzair pulang dulu dengan alasan dia mahu siapkan novel ‘Cinta Fatamorgana’nya. Huzair pura-pura simpati dengan Rifqi. Dia juga beritahu Rifqi yang dia cukup bahagia bermalam di resort bersama Widad. Puan Karmila meracun fikiran Delina supaya membayangkan Huzair adalah Shakir. Widad kecewa kerana menyangka Rifqi curang. Begitu juga dengan Rifqi yang kecewa dengan hubungan Widad dan Huzair. Widad beritahu Delina yang dia sudah berkahwin dengan Rifqi. Puan Karmila yang terdengar sungguh terkejut.
#CintaFatamorgana
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.xtra.com.my