Monday, 29 September, 2025г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

Bos Country Heights selar Nazri

Bos Country Heights selar NazriУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Pengasas dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutaan Tan Sri Robert Kuok. Memetik Malaysiakini, dalam surat terbuka hari ini, yang ditulis dalam bahasa Cina dengan kurang sepuluh patah perkataan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, Lee berkata beliau terpanggil untuk bersuara kerana apa yang diluahkan oleh Nazri adalah sesuatu yang kasar. Lee berkata Nazri, sebagai menteri, dibayar oleh wang pembayar cukai dan menikmati banyak faedah - elaun perjalanan, pembantu dan pembiayaan kerajaan, sudah tentu wang sebahagian kecil daripada dari Kumpulan Kuok. Lee berkata Nazri dan pemimpin Umno lain tidak sepatutnya berfikiran bahawa negara ini milik mereka. Robert Kuok telah menjadi tumpuan bidasan oleh pemimpin Umno berhubung satu artikel di blog Malaysia Today yang menuduh jutawan itu menaja parti pembangkang. Semalam, pejabat Kuok mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan bahawa beliau membiayai pembangkang dan portal The Malaysian Insight dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan BN.
Теги: kinitv

Мой аккаунт