Berita Gempar: Tesla pukul Volkswagen, Proton nak pukul Perodua
У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Berita paling menggemparkan dunia automotive tahun 2019 ialah nilai pasaran Tesla yang telah meningkat lebih tiga kali ganda dari tahap paling rendah USD178 dollar untuk setiap saham kepada 580 dollar sekarang.
Tesla kini bernilai 100billion dollar, memintas Volkswagen sebagai syarikat automotive kedua paling bernilai dari segi nilai pasaran dan kini hanya di belakang Toyota yang bernilai 202 billion dollar.
Volkswagen bernilai 94 billion dollar manakala di tempat ke empat ialah Daimler dengan nilai pasaran 51 billion dollar
Adakah pasaran sudah terlalu terpegun dengan Tony Stark sebenar, iaitu Elon Musk sehingga mereka berebut untuk membeli saham Tesla berdasarkan personality beliau dan bukan fundamentals syarikat Tesla?
Berita Automotif tempatan yang paling menggemparkan ialah Proton mengatakan mereka akan mencabar Toyota dan Honda di pasaran Asia Tenggara. Malah ketua pegawai eksekutif syarikat, Dr Li Chunrong berkata mereka boleh mengatasi perodua sepantas tahun 2022.
Jom kita analisa sedikit kegilaan apa yang sedang berlaku