Istimewa Resipi Ramadan F&N Bekerjasama dengan Fizo Omar Dan Mawar untuk Mengeratkan Detik Citarasa Teristimewa
Serta Memberikan Lebih Penjimatan untuk Para Pengguna di bulan Ramadan ini.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, F&N bekerjasama dengan pasangan selebriti, Fizo Omar dan Mawar Karim untuk melancarkan kempen “Aroma Kasih Sayang” di restoran FIZOMAWAR Kitchen hari ini.
“Aroma Kasih Sayang”, telah diilhamkan dengan matlamat untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Sejajar dengan janjinya untuk memberikan detik citarasa teristimewa, para pengguna setia F&N akan diberikan ganjaran istimewa yang terdiri daripada penjimatan hebat, resipi-resipi baharu dan juga 5 minisod YouTube menarik yang dibintangi oleh Fizo Omar dan Mawar.
Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N telah mempertingkatkan aroma dan kelazatan makanan serta minuman sejak beberapa generasi, dan juga telah mengeratkan banyak perhubungan dan saat-saat manis.
Kini, untuk “Aroma Kasih Sayang”, saya disertai oleh Mawar dan kami berdua sangat gembira dengan peluang untuk terus mencipta lebih banyak saat-saat indah untuk rakyat Malaysia.”
Selain itu, Fizo dan Mawar, bersama-sama F&N, telah mencipta resipi-resipi inovatif seperti Lasagna Ayam Masak Merah dan Milkshake Jagung untuk menceriakan keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.
Kami juga berharap minisod YouTube F&N akan memberi inspirasi kepada para pengguna apabila menyaksikan Fizo dan Mawar menjalani kehidupan seharian mereka yang sibuk tetapi masih meluangkan masa untuk menghargai hidangan enak yang dicipta dengan produk-produk F&N.
Sesungguhnya, penyertaan Fizo dan Mawar dalam kempen ini merupakan sesuatu yang kami hargai kerana nilai murni F&N iaitu sayang menyayangi, jelas terakam melalui skrin,” tambah Eileen.
Memberi komen mengenai pengalaman menjalani penggambaran minisod “Aroma Kasih Sayang”, Fizo dan Mawar berkongsi, “Pengalaman ini sangat istimewa untuk kami kerana minisod ini juga disertai oleh beberapa rakan rapat dan ahli keluarga kami.”
Tambah Mawar, “Selepas program Citarasa Teristimewa Thailand Bersama F&N, Fizo mendapat inspirasi daripada produk F&N yang versatil dan berkualiti lantas kami mula menggunakan produk-produk F&N sahaja di restoran FIZOMAWAR Kitchen dan juga di rumah.
Saya sungguh gembira dapat memberikan hidangan yang terbaik untuk keluarga dan juga rakan-rakan kami serta meluangkan saat-saat manis bersama mereka.”
Disamping itu, para tetamu juga berpeluang untuk memenangi tudung eksklusif “Fareeda” dengan pembelian dua tin Susu Pekat Manis atau Krimer Sejat Manis F&N.
Minisod “Aroma Kasih Sayang F&N” bersama Fizo Omar dan Mawar akan ditayangkan melalui rangkaian YouTube F&N Dairies dalam bulan Ramadan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis, dan Susu Sejat F&N dan kempen “Aroma Kasih Sayang” serta resipi-resipi baharu, sila layari www.fndairies.com.
Jeli Kristal
Masa Penyediaan : 20 minit
Masa Masakan : 15 minit
Saiz Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:
Jeli Kristal
10g Serbuk agar-agar
800ml Air
120g Gula
2 titis Pewarna biru, merah dan hijau
2 sudu kecil Perisa nenas, strawberry dan epal
Jeli Susu
10g Serbuk agar-agar
600ml Air
50g Gula
200g Krimer Sejat F&N
10 sudu besar Krimer Manis F&N
2 sudu kecil Perisa laici
Cara Penyediaan:
1. Untuk membuat jeli kristal, masakkan air di dalam periuk sehingga mendidih. Gabungkan serbuk agar-agar dan gula kemudian masukan ke dalam air yang mendidih tadi sambil mengacau campuran tersebut.
2. Bahagikan campuran agar-agar kepada 3 bahagian untuk pewarna biru, merah dan hijau.
3. Masukkan perisa nenas untuk campuran biru, perisa strawberi untuk campuran merah dan perisa epal untuk campuran hijau.
4. Biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum simpan di dalam peti sejuk. Potongkan jeli kristal menjadi kiub kecil dan campurkan ketiga-tiga kiub jeli di dalam acuan 8 inci. Simpankan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat jeli susu, masukkan air dan Krimer Sejat F&N dan didihkan di dalam periuk. Gabungkan serbuk agar-agar dan gula kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih tadi sambil mengacau campuran tersebut.
6. Masukkan Krimer Manis F&N dan perisa laici. Kacau rata.
7. Biarkan ia sejuk sedikit kemudian tuangkan campuran susu ke dalam acuan 8 inci tadi sehingga menutup keseluruhan jeli berwarna.
Get full recipe at http://www.fndairies.com/