Wednesday, 10 September, 2025г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

28th ASEAN Armies Rifle Meet AARM 2018

28th ASEAN Armies Rifle Meet AARM 2018У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Program ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2018 edisi kali ini bertemakan ‘Fostering Camaraderie’ yang bermaksud pemerkasaan semangat persaudaraan dan kesatuan di kalangan Tentera Darat Negara ASEAN. AARM merupakan penganjuran yang ke-28 sejak diperkenalkan oleh Malaysia pada tahun 1991. “Pada edisi kali ini, Tentera Darat Malaysia telah diberikan penghormatan sebagai penganjur buat kali kelima sejak kali terakhir menganjurkannya pada tahun 2010”. AARM merupakan kejohanan menembak tahunan anggota Tentera Darat negara-negara ASEAN bertujuan memupuk semangat muhibah, setiakawan serta semangat ASEAN dan dianjurkan secara bergilir-gilir dalam kalangan negara anggota iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) sekali lagi pada edisi kali ini menjuarai pertandingan menembak ini. “AARM merupakan satu bentuk pengukuhan hubungan diplomasi pertahanan antara Tentera Darat negara ASEAN”. “Pada kali ini, seramai 550 peserta bertanding untuk merebut 15 piala pusingan dalam lima kategori yang dipertandingkan iaitu pistol (lelaki), pistol (perempuan), rifle, carbine dan machine gun. “Pertandingan AARM dijalankan secara individu dan berkumpulan bagi merebut emas, perak dan gangsa yang ditawarkan bagi tiga tempat teratas”. Sepanjang penganjuran pertandingan AARM, Indonesia telah menjuarai sebanyak 12 kali, Thailand sebanyak lapan kali, Malaysia dan Singapura masing-masing tiga kali serta Filipina baru sekali pada tahun 2005. Pada edisi yang akan datang Indonesia bakal menjadi hos penganjur bagi AARM 2019.
Мой аккаунт